‘A CONVERSATION ON SUICIDE’
The recent hike in the reported cases of suicide in Malaysia, likely to be related to factors associated with the COVID-19 pandemic, has sent alarm signals across the country. It is clear that a big part of the pandemic is a mental health crisis. Our fear is that this crisis could become a mental health pandemic.
As a group of four women who are not professionals, and as a platform that does not offer services, we have put a lot of thought into how we could contribute and support those who are struggling during this very difficult time. We are raising awareness, fundraising and collaborating for mental health in partnership with the Malaysian Mental Health Association (MMHA).
The Green Ribbon Group has initiated the rolling out of ‘A Conversation on Suicide’ – a two- hour nationwide suicide prevention ‘training’ programme for community leaders, specifically members of Rukun Tetangga, Resident Associations and Management Committee members of high-rise residential buildings with a particular focus on PPRs. It aims to create suicide prevention awareness and offer interim help to those you suspect may be having suicidal tendencies.
We aim to target small groups of ten to participate in this conversation that will be facilitated by enlisted trained volunteers. These volunteers will be trained by MMHA during a single two-hour session. MMHA has also kindly crafted the intervention guide for ‘A Conversation on Suicide’, with the Centre for Mental Health and Wellbeing and Make It Right Movement contributing videos incorporated into the training module.
Our Co-Founder and President YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah states that ‘A Conversation on Suicide’ is our humble contribution towards Malaysia’s mitigation and recovery efforts. “My intention has always been to push for a community approach to mental health, which is exactly what ‘A Conversation on Suicide’ aims to achieve. This module is a game-changer, and it is most timely. We must get the message across that suicides can be talked about, suicidal ideations can be overcome and suicides are preventable.”
More importantly, ‘A Conversation on Suicide’ resonates with our belief in pushing for inclusivity in mental health. It is another step towards normalising conversations on mental health and encouraging help-seeking behaviour. It is also an example of how everyone can make simple investments in supporting one another.
For more information, please contact Ms. Marsya Shamshul Bahari at marsya@greenribbongroup.com or Ms. Cheong Sue Jen at admin@mmha.org.my.
Green Ribbon Group 10 August 2021
W: http://www.greenribbongroup.com E: info@greenribbongroup.com
GREEN
RIBBON GROUP
MENTAL HEALTH MATTERS
‘PERBUALAN MENGENAI BUNUH DIRI’ (A CONVERSATION ON SUICIDE)
Peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan di Malaysia baru-baru ini, yang mungkin berkaitan dengan faktor-faktor wabak pandemik COVID-19, telah merisaukan masyarakat. Ia adalah jelas bahawa sebahagian besar wabak pandemik ini adalah krisis kesihatan mental. Kebimbangan utama ialah krisis ini boleh menjadi ‘pandemik kesihatan mental’.
Sebagai sekumpulan empat wanita yang bukan profesional, dan platform yang tidak menawarkan perkhidmatan, kami telah memikirkan pelbagai cara untuk menyumbang dan menyokong mereka yang berjuang pada masa yang sangat sukar ini. Kami meningkatkan kesedaran, mengumpul dana dan berkolaborasi untuk kesihatan mental dalam kerjasama dengan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA).
Green Ribbon Group sedang melancarkan ‘Perbualan Mengenai Bunuh Diri (A Conversation on Suicide)’ – program ‘latihan’ pencegahan bunuh diri bagi seluruh negara selama dua jam untuk pemimpin masyarakat, khususnya anggota Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan bangunan kediaman bertingkat, memberi perhatian khas kepada para penghuni PPR. Ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pencegahan bunuh diri dan menawarkan pertolongan sementara bagi mereka yang disyaki cenderung untuk bunuh diri.
Kami bertujuan untuk menyasarkan kumpulan kecil yang terdiri daripada sepuluh orang untuk mengambil bahagian dalam perbualan ini yang akan difasilitasi oleh sukarelawan terlatih. Sukarelawan ini akan dilatih oleh MMHA dalam satu sesi selama dua jam. MMHA juga telah membuat panduan intervensi untuk ‘Perbualan Mengenai Bunuh Diri’, dengan pertolongan dari Centre for Mental Health and Wellbeing dan Make It Right Movement dalam menyumbangkan video yang telah dimasukkan ke dalam latihan tersebut.
Pengasas dan Presiden kami YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah menyatakan bahawa ‘Perbualan Mengenai Bunuh Diri’ adalah sumbangan rendah hati kami terhadap usaha mitigasi dan pemulihan Malaysia. “Tujuan saya adalah untuk sentiasa mendorong pendekatan masyarakat terhadap kesihatan mental, yang sebenarnya ingin dicapai melalui ‘Perbualan Mengenai Bunuh Diri’ ini. Modul latihan ini diharapkan untuk membentuk dinamik baharu dan progresif dalam subjek kesihatan mental. Kita harus menyampaikan mesej bahawa gejala bunuh diri dapat dibicarakan dan dicegah, dan ideasi bunuh diri dapat diatasi.”
Lebih penting lagi, ‘Perbualan Mengenai Bunuh Diri’ ini selari dengan kepercayaan kami dalam mendorong pendekatan secara inklusif dalam kesihatan mental. Ini adalah sesuatu langkah ke arah membiasakan perbincangan mengenai kesihatan mental dan mendorong tingkah laku mencari pertolongan. Ini juga merupakan contoh bagi masyarakat untuk membuat pelaburan dalam menyokong satu sama lain.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Cik Marsya Shamshul Bahari di marsya@greenribbongroup.com atau Ms. Cheong Sue Jen di admin@mmha.org.my.
Green Ribbon Group 10 Ogos 2021
W: http://www.greenribbongroup.com E: info@greenribbongroup.com