Kemurungan bagai bom Jangka

Individu murung teruk mungkin mendengar suara halusinasi yang menyuruhnya membunuh diri atau bunuh orang lain.

Picture 1

Individu yang mengalami kemurungan teruk be­risiko menghadapi psikosis dan delusi melampau serta boleh

diibaratkan seperti bom jangka yang mampu mengancam nyawa sendiri selain orang terdekat.

Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr Andrew Mohanraj menjelaskan, psikosis merupa­kan simptom kesihatan mental yang menyebabkan individu itu melihat, mendengar atau men­tafsir sesuatu secara berbeza berbanding orang sekeliling.

1

“Individu yang mengalami kemurungan teruk mungkin mendengar suara halusinasi yang menyuruhnya membunuh diri atau orang lain. Biasanya rancang­an itu boleh melibatkan membunuh orang lain sebelum diri sendiri.

“Delusi pula berlaku apabila se­seorang mempunyai kepercayaan yang tidak masuk akal, pelik atau jelas tidak benar, contohnya orang lain dirasuk syaitan (maka) mesti dibunuh,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Andrew menjelaskan, ke­murungan teruk boleh dirawat me­nerusi penggunaan ubat-ubatan dan psikoterapi selain memerlukan penilaian psikiatri forensik yang lengkap

Jelas beliau, ujian berkenaan penting bagi menentukan sama ada motif pembunuhan disebabkan oleh akal yang tidak waras atau peng­gunaan bahan narkotik, tumor dan kecederaan otak atau penyakit lain.

“Oleh itu kami mengesyorkan sesiapa yang membawa senjata api termasuk anggota keselamatan per­lu menjalani pemeriksaan kesihatan mental secara berkala bagi me­mastikan sama ada selamat untuk mereka terus membawa senjata api.

“Keluarga terdekat juga harus diberi sokongan kesihatan mental untuk membantu menangani trau­ma psikologi mereka,” ujarnya.

Sementara itu, pensyarah dan penyelidik dalam bidang psikologi di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mohd Awang Idris mem­beritahu, kebanyakan individu ke­murungan melihat semua perkara secara negatif termasuk menilai diri sendiri dengan kehinaan, hilang pengharapan dan seolah-olah se­dang menanggung ujian hidup yang tidak berkesudahan.

“Orang yang murung biasanya berakhir dengan tindakan agresif, sama ada merosakkan orang lain atau membinasakan diri sendiri, boleh jadi bunuh diri sendiri atau mencederakan orang lain terutama­nya orang terdekat.

“Di peringkat awal, mereka bo­leh dikenal pasti dengan perubahan tingkah laku (daripada) seorang yang periang kepada menyendiri, suka berkurung dalam bilik, elak bertemu orang lain. Lama-kelamaan ada yang mengalami halusinasi, berbual seorang diri.

“Oleh itu ahli keluarga atau ra­kan perlu faham perubahan ini, ha­rus faham bahawa mereka ialah manusia yang berbeza, tidak keru­an,” ujarnya.

UOO

 

 


Leave a comment